Selasa, 6 April 2010

Ucapan Guru Besar

Salam sejahtera. kerana mengizinkan kita menerbitkan Bolg Sekolah untuk julung-julung kalinya. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Blog ini. Kita semua sedia maklum betapa pentingnya Blog sebagai bahan rujukan untuk alaf baru. Ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan teknologi ini dapat membantu pihak guru dalam menyediakan bahan-bahan pengajaran yang terkini. Sehubungan itu saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua guru, ibu bapa, para pelajar dan masyarakat dapat memanfaatkan Blog ini untuk menjayakan program-program yang dirancang dalam bidang pendidikan demi menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Blog ini.


Sekian , terima kasih

Guru Besar.
SJKC Shih Chung Pusat 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan