Sekolah Jenis Kebangsaan Shih Chung didirikan oleh Persatuan Hakk (Khek) Pulau Pinang. Sekolah ini mula-mulanya dinamakan sekolah Chung Wah pada tahun 1912 . Sekolah ini diubah namanya Shih Chung Pada permulaanya sekolah ini di tempatkan di Chinese Town Hall , Laboh Pitt dengan mengandungi 30 orang murid sahaja.Termasuk murid lelaki dan perempuan.Encik Cheah Mong Chee , Leong Piak Yue , Tye Kee Yoon , Chong Yoke Nam Chong Paik See dan Chang Keng Kwee. Setiap orang menderma sebanyak 10,000.00 untuk membina sekolah ini orang orang tersebut ialah Pengasas sekolah ini.
Pada tahun 1920 Sekolah ini pindah dari Chinese Town Hall ke No. 42, Love Lane pada tahun 1924 jawatankuasa sekolah bercadang hendak membina bangunan sekolahnya sendiri. Encik Tye Chee Teng ditetapkan menjadi pengerusi Jawatankuasa persediaan bangunan sekolah sekarang ini bersiap pada tahun 1926.
Pada tahun 1920 Sekolah ini pindah dari Chinese Town Hall ke No. 42, Love Lane pada tahun 1924 jawatankuasa sekolah bercadang hendak membina bangunan sekolahnya sendiri. Encik Tye Chee Teng ditetapkan menjadi pengerusi Jawatankuasa persediaan bangunan sekolah sekarang ini bersiap pada tahun 1926.
Pada tahun 1938 banci murid bertambah, sekolah cawangan didirikan No.11 Jalan Raya Northam untuk menerima murid yang banyak itu. Sekolah ini di jadikan sebagai SJKC Shih Chung Pusat.
Pada masa pemerintahan Jepun sekolah ini digunakan oleh tentera Jepun untuk mengajar bahasa Jepun. Setelah tentera-tentera Inggeris pulang ke negara asal mereka, sekolah ini membuka semulanya.
Tahun 1908 - 1941
SJK (C) Shih Chung diasaskan pada tahun 1908. Pada tahun 1938, Sekolah Shih Chung Cawangan yang beralamat di Jalan Sultan Ahmad Shah ditubuhkan untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah di Sekolah Shih Chung Pusat di Love Lane bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah. Dengan penubuhan sekolah ini, sesi petang di Sekolah Shih Chung Pusat dibatalkan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAAv0P7_8VsuZySlNuvNdTbdLsmeaa2iRf_GB1j8okZfrICbV9KC2FFZ-adS4Xy6ad9RHlEmncZoHMnd3U0PJ1ZEv3DMSoIDj6sL3E-IH82NqqcW2zLeqsdaYQasjjld503rgR6FONBF0z/s320/3_history_1.jpg)
Tahun 1949 - 1957
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQz0HQTAuL4ZxBhu0Di7kvUz0WpkRVHB79LKvXw0zifq9jCch_h4KNpzzL7VAkaq7aI3RsBQ0wjNv6IWSLH8-CsQ6KXZnQ0asckAmuo5GwS2uQxMXHoN7PlydsHUC1ar2lwLaCsN_THCB6/s320/3_history_3.jpg)
Pada bulan April 1949, pihak tentera British mengembalikan bangunan sekolah ini. Setelah kerja membaik-pulih, sebahagian murid dari Sekolah Shih Chung Pusat dipindahkan kembali ke sekolah ini untuk meneruskan pelajaran mereka. Oleh kerana bilangan murid sekolah ini semakin bertambah, enam buah bilik darjah yang baru didirikan pada tahun 1957.
Tahun 1961
Pada tahun 1961, kerajaan melaksanakan Sistem Gaji Seragam. Mulai hari itu, Sekolah Shih Chung Pusat dan Cawangan dipisahkan dan menjalankan pentadbiran sekolah secara berasingan.
Tahun 70-an
Menjelang tahun 70an, bilangan murid sekolah ini mulai merosot akibat perpindahan penduduk-penduduk persekitaran sekolah ke kawasan pembangunan baru seperti Bayan Baru dan sebagainya.
Tahun 80-an
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5MQn3Bj9q6-HOyQUglshC1o2dZEvzlG1XyDdGBB6f6oxHLM8p04C_OfaN8L-v6rSmmMk8YftpuGBCDlxgBieGjuI6yv-1RDWXhHwKBlAISPmvcENt7X83UjDBQl2m_rEwGMcaIPpignaS/s320/3_history_4.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan